May 16, 2024

Sambutan Raya Di HBP USM 24 April 2024

Pada 24 April 2024, diadakan Jamuan Hari Raya di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP) USM. Meriah juga kemenjadiannya. Alhamdilillaaah...

Kenangan Sidang Lembaga Penasihat

Ditampalkan di sini tugas saya sebagai Ahli Lembaga Penasihat, JPM. Ini merupakan salah satu cabang bagi menguruskan Hak Keadilan Asasi rakyat. Sidang ini berjalan pada 12 April 2022 di Penjara Pokok Sena, Kedah

Abdullahi Nafiu

Pada 14 Januari 2024, bekas pelajar saya, Dr Abdullahi Nafiu mengirimkan beberapa gambar beliau bersama ibu bapanya, dari Nigeria, melaksanakan ibadat umrah. Inilah antara segelintir pelajar yang masih ingat saya sebagai gurunya. Semoga beliau dan keluarga dikurniakan keberkatan kehidupan. Aamiiin

Kursus/Bengkel Transformasi Pengurusan Dokumen

Pada 25 April 2024, saya mengendalikan kursus/bengkel Transformasi Pengurusan Dokumen untuk staf Bertam Properties Sdn Bhd. Sambutan amat menggalakkan dan berjalan lancar. Alhamdulillaah

Apr 17, 2024

Raya Lagi....

Beberapa hari selepas hari pertama raya Puasa 1445H, masih ramai lagi yang berkunjung, termasuk kelaurga anak ketiga (Mustaqim dan Nur Afiqah) dari Miri, Sarawak. Meriah sungguh...alhamdulillaaah...

Apr 16, 2024

Jumpa Biras

Semasa melaksanakan tugas Lembaga Penasihat di Penjara Simpang Renggam Johor, sempat la saya jumpa biras (P. Ramlee sebut "beras", ha ha ha) saya. Ni gambar bersama beliau semasa beliau menjawat Pengarah Jabatan Penjara Johor, dan selepas beliau pencen... he he

Apr 15, 2024

Mohd Saiful di Gua Musang

Pada 22 Februari 2022, anak sauadara isteri saya, Mohd Saiful Abdul Hamid dan keluarga datang ziarah ke rumah kami Taman Wangi Gua Musang